Tuesday, 22 October 2013

see the light



        Tan Sri Zainal dan Irham melabuhkan punggung di atas kerusi kulit itu. Setelah selesai pebincangan , mereka bertiga beriringan keluar dari bilik Datuk Tarmizi . Bella yang hendak menuju ke bilik papanya terhenti apabila ternampak papanya menuju ke arahnya.
     “Bell , ni partner syarikat kita , kenalkan ni uncle Tarmizi dan ini anaknya Irham Iskandar .” tutur Tan Sri Zainal . Bella tersenyum manis lalu menapak ke arah Tan Sri Zainal lalu menyalami tangan tua itu.
   Bella tergamam apabila wajah tampan Irham menyapa matanya. ‘Ehh .. mamat belagak ni, dia buat apa kat sini?’ detik hatinya. Irham tidak senang duduk apabila perempuan yang dikritiknya kelmarin berada di depan matanya . ‘Buat apa minah ni buat dekat sini ? Entah-entah anak uncle Tarmizi ?’ soal hatinya . “Hah Irham , ni anak perempuan uncle kenalkan ni Isabella Imani” kata Datuk Tarmizi lalu memandang Bella . Tidak mahu papanya dan uncle Tarmizi syak apa-apa dia terus menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Bella . Bella memandang huluran itu sekilas lalu menganggukan kepalanya sebagai tanda salam perkenalan mereka .
   ‘Salam perkenalan la sangat dan dia ni tak tahu ke yang bukan mahram tidak bolah bersentuhan.’ rungut hatinya . “Jom la kita ke bilik pengarah urusan. Bella ikut papa ” arah Datuk Tarmizi . Datuk Tarmizi mendahului dan diikuti oleh Tan Sri Zainal dan Irham. ‘Buat apa ke bilik pengarah urusan ? Sapa nak kerja kat sini’ tanya hati Bella tetapi dia hanya akur dengan arahan papanya dan melangkah mengikut arah papanya.

      SETIBANYA di tingkat 12 , Datuk Tarmizi menuju ke bilik serderhana kecil di penjuru bilik. Papanya kelihatan sedang bercakap-cakap dengan seorang wanita cantik dan bergaya. Selang beberapa saat kemudian , Datuk Tarmizi dan wanita tersebut keluar lalu wanita itu masuk ke dalam bilik besar tersebut. Wanita itu keluar semula lalu menyuruh mereka masuk. Sebelum bella melangkah masuk matanya sempat terbaca nama yang terlekat di pintu .  
     ‘Pengarah urusan rupanya. Patutla bilik besar semacam aje. Dengan setiausaha bagai’ kata hatinya lalu melangkah masuk.  
      “Datuk masuklah.” pelawa lelaki berumur 30-an itu. Mereka berempat terus melangkah ke ruang rehat di sudut bilik lalu melabuhkan punggung ke atas sofa itu. Bella melabuhkan punggungnya di sebelah Datuk Tarmizi manakala Tan Sri Zainal dan Irham duduk berhadapan dengannya . Berasa meluat apabila melihat wajah innocent mamat belagak itu.
     Benci ! Lelaki itu menuju ke arah mereka lalu bersalaman dengan Tan Sri Zainal , Irham dan Datuk Tarmizi. “Lama tak jumpa? Pergi mana ? Sibuk ke ? Maklumlah orang dah pegang jawatan pengarah urusan.” kata Tan Sri Zainal lalu tergelak kecil.
  “Yaa. Kebelakangan ni sibuk sikit urus projek dekat Ampang tu. By the way, ni siapa ya?” tanya Ryan apabila wajah tampan yang tidak dikenalinya duduk di sebelah Tan Sri Tarmizi. Irham senyum buat-buat apabila Ryan menanyakan tentang dirinya. Dia sudah tidak betah berada di sini lama-lama. Lagi –lagi menghadap muka minah ni .
   “Lupa pulak uncle , ni anak uncle , Irham.” terang Tan Sri Zainal .
  “Oh , saya Ryan .” ucap Ryan memperkenalkan dirinya . Bella yang hanya memerhati , meluat melihat Irham yang berada di depannya . Dari tadi asyik tarik muka masam je bila orang tanya siapa dia baru nak senyum. Nampak sangat senyum tak ikhlas.
Dasar Mr.Arrogant!
     Ryan memandang ke arah Bella lantas tersenyum . ‘Cantik.’ desis hatinya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa anak-anak dan isteri Datuk Tarmizi iaitu Datin Hanani cantik dan segak-segak belaka.
   Mungkin anak dara Datuk Tarmizi mewarisi kecantikan isterinya yang iras-iras pengacara television iaitu Wardina Safiyyah tapi lebih cantik dari muka sebenar Wardina Safiyyah.
   “Ini mesti anak Datuk kan ? Issabella Imani right ?” soal Ryan. Datuk Tarmizi hanya mengangguk . “Hai ! Saya Ryan and saya masih bujang lagi ” kata Ryan lagi sambil merenung wajah polos Bella. Bella hanya tersenyum. Dia lebih dari sudi jika lelaki ini ingin menjadikanya sebagai isteri. Bukan seperti lelaki yang berada di hadapannya ini. Berlagak ! Siapa lagi kalau bukan Irham ! Bella memerhati wajah Ryan. Ryan mempunyai alis mata yang cantik dan bermata bundar berwarna hazel. Rambutnya yang ceracak mengikut trend terkini membuatkan Ryan kelihatan sangat kacak ditambah dengan kulit yang sederhana cerah kemerah-merahan. Mata Bella beralih pula ke arah Irham. Irham juga tidak kurang kacaknya. Kalau nak dibandingkan dengan Ryan , Irham lebih kacak. Kalau Irham tidak kacak mana mungkin minah gedik tu back up dia di McDonald tempoh hari. Tapi sayang , peragainya tidak cocok dengan wajahnya yang tampan itu.
   ‘Bella. Dah-dah laa usha mamat belagak tu. Nanti dia perasan pulak yang kau tengah usha dia.’ kata Bella dalam hati. Datuk Tarmizi berdehem-dehem beberapa kali untuk menyedarkan lelaki itu. Ryan hanya tersengih apabila ditegur sebegitu. Tan Sri Zainal hanya ketawa kecil melihat telatah Ryan . Mungkin anak muda itu kagum melihat keindahan wajah anak temannya itu tapi dia kagum dengan Ryan yang sudah memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat terkenal sebegini. Dalam usia yang muda Ryan telah berkejaya. Bukan seperti anaknya , klau disuruh ke pejabat banyak sangat alasan yang diberikan. Nak enjoy la , nak rilex la , tak cukup rehat la dan macam-macam alasan lagi.  
    “Oh! Lupa pulak saya , apa tujuan Datuk dan Tan Sri ke sini ?” tanya Ryan.
   “Saya nak kamu bimbing Bella dan Irham dalam selok belok tentang perniagaan ni. Lagipun mereka berdua ni baru habis belajar. So , saya nak letak both of them di bawah kamu and saya nak mereka berkerjasama untuk projek dua juta di Terengganu tu” kata Datuk Tarmizi.