Tan Sri Zainal dan Irham melabuhkan punggung
di atas kerusi kulit itu. Setelah selesai pebincangan , mereka bertiga
beriringan keluar dari bilik Datuk Tarmizi . Bella yang hendak menuju ke bilik
papanya terhenti apabila ternampak papanya menuju ke arahnya.
“Bell , ni partner syarikat kita ,
kenalkan ni uncle Tarmizi dan ini anaknya Irham Iskandar .” tutur Tan Sri Zainal
. Bella tersenyum manis lalu menapak ke arah Tan Sri Zainal lalu menyalami
tangan tua itu.
Bella
tergamam apabila wajah tampan Irham menyapa matanya. ‘Ehh .. mamat belagak ni,
dia buat apa kat sini?’ detik hatinya. Irham tidak senang duduk apabila
perempuan yang dikritiknya kelmarin berada di depan matanya . ‘Buat apa minah
ni buat dekat sini ? Entah-entah anak uncle Tarmizi ?’ soal hatinya . “Hah Irham
, ni anak perempuan uncle kenalkan ni Isabella Imani” kata Datuk Tarmizi lalu
memandang Bella . Tidak mahu papanya dan uncle Tarmizi syak apa-apa dia terus
menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Bella . Bella memandang huluran itu
sekilas lalu menganggukan kepalanya sebagai tanda salam perkenalan mereka .
‘Salam perkenalan la sangat dan dia ni tak
tahu ke yang bukan mahram tidak bolah bersentuhan.’ rungut hatinya . “Jom la
kita ke bilik pengarah urusan. Bella ikut papa ” arah Datuk Tarmizi . Datuk Tarmizi
mendahului dan diikuti oleh Tan Sri Zainal dan Irham. ‘Buat apa ke bilik
pengarah urusan ? Sapa nak kerja kat sini’ tanya hati Bella tetapi dia hanya
akur dengan arahan papanya dan melangkah mengikut arah papanya.
SETIBANYA di tingkat 12 , Datuk Tarmizi menuju
ke bilik serderhana kecil di penjuru bilik. Papanya kelihatan sedang
bercakap-cakap dengan seorang wanita cantik dan bergaya. Selang beberapa saat
kemudian , Datuk Tarmizi dan wanita tersebut keluar lalu wanita itu masuk ke
dalam bilik besar tersebut. Wanita itu keluar semula lalu menyuruh mereka
masuk. Sebelum bella melangkah masuk matanya sempat terbaca nama yang terlekat
di pintu .
‘Pengarah urusan rupanya. Patutla bilik
besar semacam aje. Dengan setiausaha bagai’ kata hatinya lalu melangkah masuk.
“Datuk masuklah.” pelawa lelaki berumur
30-an itu. Mereka berempat terus melangkah ke ruang rehat di sudut bilik lalu
melabuhkan punggung ke atas sofa itu. Bella melabuhkan punggungnya di sebelah
Datuk Tarmizi manakala Tan Sri Zainal dan Irham duduk berhadapan dengannya .
Berasa meluat apabila melihat wajah innocent mamat belagak itu.
Benci ! Lelaki itu menuju ke arah mereka
lalu bersalaman dengan Tan Sri Zainal , Irham dan Datuk Tarmizi. “Lama tak
jumpa? Pergi mana ? Sibuk ke ? Maklumlah orang dah pegang jawatan pengarah
urusan.” kata Tan Sri Zainal lalu tergelak kecil.
“Yaa. Kebelakangan ni sibuk sikit urus projek
dekat Ampang tu. By the way, ni siapa ya?” tanya Ryan apabila wajah tampan yang
tidak dikenalinya duduk di sebelah Tan Sri Tarmizi. Irham senyum buat-buat
apabila Ryan menanyakan tentang dirinya. Dia sudah tidak betah berada di sini
lama-lama. Lagi –lagi menghadap muka minah ni .
“Lupa pulak uncle , ni anak uncle , Irham.” terang
Tan Sri Zainal .
“Oh , saya Ryan .” ucap Ryan memperkenalkan
dirinya . Bella yang hanya memerhati , meluat melihat Irham yang berada di
depannya . Dari tadi asyik tarik muka masam je bila orang tanya siapa dia baru
nak senyum. Nampak sangat senyum tak ikhlas.
Dasar
Mr.Arrogant!
Ryan
memandang ke arah Bella lantas tersenyum . ‘Cantik.’ desis hatinya. Memang
tidak boleh dinafikan bahawa anak-anak dan isteri Datuk Tarmizi iaitu Datin
Hanani cantik dan segak-segak belaka.
Mungkin anak dara Datuk Tarmizi mewarisi kecantikan
isterinya yang iras-iras pengacara television iaitu Wardina Safiyyah tapi lebih
cantik dari muka sebenar Wardina Safiyyah.
“Ini mesti anak Datuk kan ? Issabella Imani
right ?” soal Ryan. Datuk Tarmizi hanya mengangguk . “Hai ! Saya Ryan and saya
masih bujang lagi ” kata Ryan lagi sambil merenung wajah polos Bella. Bella
hanya tersenyum. Dia lebih dari sudi jika lelaki ini ingin menjadikanya sebagai
isteri. Bukan seperti lelaki yang berada di hadapannya ini. Berlagak ! Siapa
lagi kalau bukan Irham ! Bella memerhati wajah Ryan. Ryan mempunyai alis mata yang
cantik dan bermata bundar berwarna hazel. Rambutnya yang ceracak mengikut trend
terkini membuatkan Ryan kelihatan sangat kacak ditambah dengan kulit yang
sederhana cerah kemerah-merahan. Mata Bella beralih pula ke arah Irham. Irham
juga tidak kurang kacaknya. Kalau nak dibandingkan dengan Ryan , Irham lebih
kacak. Kalau Irham tidak kacak mana mungkin minah gedik tu back up dia di McDonald
tempoh hari. Tapi sayang , peragainya tidak cocok dengan wajahnya yang tampan
itu.
‘Bella. Dah-dah laa usha mamat belagak tu. Nanti
dia perasan pulak yang kau tengah usha dia.’ kata Bella dalam hati. Datuk
Tarmizi berdehem-dehem beberapa kali untuk menyedarkan lelaki itu. Ryan hanya
tersengih apabila ditegur sebegitu. Tan Sri Zainal hanya ketawa kecil melihat
telatah Ryan . Mungkin anak muda itu kagum melihat keindahan wajah anak temannya
itu tapi dia kagum dengan Ryan yang sudah memegang jawatan sebagai Pengarah
Urusan di syarikat terkenal sebegini. Dalam usia yang muda Ryan telah
berkejaya. Bukan seperti anaknya , klau disuruh ke pejabat banyak sangat alasan
yang diberikan. Nak enjoy la , nak rilex la , tak cukup rehat la dan
macam-macam alasan lagi.
“Oh! Lupa pulak saya , apa tujuan Datuk dan
Tan Sri ke sini ?” tanya Ryan.
“Saya nak kamu bimbing Bella dan Irham dalam
selok belok tentang perniagaan ni. Lagipun mereka berdua ni baru habis belajar.
So , saya nak letak both of them di bawah kamu and saya nak mereka berkerjasama
untuk projek dua juta di Terengganu tu” kata Datuk Tarmizi.
comment dalu-alukan
ReplyDeletesalam.. dik akk try search ur blog tp nape tk dapat yer.....
ReplyDeleteada sy try publish .. xdpt erk ?
Delete